Tuesday, December 29, 2009

mengisytiharkan,

minggu ini adalah minggu terasa dengan semua orang.







so, SEMUA ORANG, saya terasa dengan awak, awak, dan awak. oh awak jugak.






ok bye.

Monday, December 21, 2009

E.

buat engkau,

thanks a lot.

you broke my heart, successfully.

berulang kali.







tapi yang bodohnya,

i keep running back to you.

argh. what the hell is wrong with me.


FML.

Sunday, December 20, 2009

singapore day 2

10/12/09

ha, hari kedua ni aktiviti dia macam agak seronok. walaupun kaki masih terketar2 akibat overdose berjalan hari sebelumnya, ish kuat semangat pewira sorang2 nak teruskan lawatan. bagus kan, semangat macam ni lah yang patut ada dalam diri seti- ok shadap you win.

destinasi kedua di singapura - little india!

tapi sebelum itu, kena isi tank dulu. kalau tak macam mana nak ada tenaga nak berjalan kan.

kita breakfast kat kedai ni


dan makan ini.

2 keping capati + keema = $4.80 om nom nom mom (bunyi mengunyah)

tujuan pergi little india, kerana emak kepingin melawat mustafa centre.

apa tu mustafa centre? tempat rehab kah?

bukan, adik2.

mustafa centre tu bak kata Ad it's like harvey norman + mydin + low yat + poh kong + the perfume shop.

senang cerita, semua dalam satu! cool tak cool?

spend almost half day dekat sana. besar gaban kot tempat ni. beli barang sikit2 lepastu balik hotel balik.

lepas zohor, kita move on ke destinasi ketiga - Bugis Village, Bugis Street & Bugis Junction.

kawasan bugis2 ni tak jauh pun daripada hotel iblis eh tak ibis. kalau jalan kaki tak sempat ketiak nak berpeluh dah sampai dah pun.
ni semua gambar waktu otw ke bugis. sederet dengan buddhist temple.







New Moon! mana jacob black mana the cullens mana mana? hahaha




bugis village.


bugis street.
Bugis Street ni lebih kurang macam Petaling Street emak cakap. i tak tahu sebab tak pernah pergi pun Petaling Street. korang judge sendiri lah. em kat sini kalau nak beli souvenir murah. :)





bugis junction.

tempat ni up sikit daripada bugis street. lagi cantik. bumbung transparent cahaya boleh masuk tapi hujan tak boleh.







dah puas berjalan dekat bugis, kita menuju ke destinasi seterusnya, SENTOSA!







dah la. tu je. penat dah. byee

Saturday, December 19, 2009

gambar2 day 1 singapore

tajuk nak skema je, takpe lah janji ikhlas. mari kita lihat kalau2 cubaan upload gambar kali ni berjaya. sama2 lah kita berdoa.


===================================================

memang rezeki anda semua, haha, gambar2 berjaya diupload, yeayy! jom lompat bintang 5 kali!

ok nah gambar.


view dari bilik saya - belah kanan.

bangunan belakang yang colour dia awesome gila tu, nama dia Stamford Arts Centre. cun kan, i like! setiap pagi bangun selak langsir ahhh cantiknya bangunan bukannya cantiknya awan haih -.-"


view dari bilik - belah kiri pulak.

bawah tu buddhist temple, tak ingat nama sebenar dia. ha tapi jalan along the temple, then belok kanan wah dah sampai kat Bugis Street lah!


ini tak aci.. hotel sebelah ada swimming pool T__T


on the way to orchard, terserempak pulak dengan kedai ni. kedai ni jual koleksi kamera lama, ada banyakkkk jenis and saiz. tengok kamera2 ni macam perghh teringat kekasih lama. ok tkde kena mengena mari kita move on.

sebelum ni kan ada cerita perihal sesat jalan patah balik ke museum kan. dah dua kali patah balik kalau tak amik gambar memang tak patut. ha nah gambar depan museum.





hah benda ni jangan tanya aku menatang apa, aku pun tak tau main snap je sebab nampak cambest.


opposite gerbang ni istana. nak amik gambar pagar istana tapi tak berani sebab ada banyak polis x__x







krismas punya pasal, meriah habis decoration dekat orchard road. :)

ha bila malam lagi cantik! bola2 api. nana dengan achik spin kalau duet kat sini pun ok jugak.

chop. iklan sekejap. can you find hidden mickey?


ahhh, there he is.

hehehe

singapore day 1

ok harini kita nak cakap pasal trip singapore haritu.

DAY 1 (09/12/09)

sepatutnya flight sampai ke singapura sebelum pukul 11pagi. tapi plane delay kan nak buat cemana. sampai changi airport dalam pukul 11.15pagi, pergi kat arrival immigration hah terkejut mak nenek kau orang bersepah. ramai nak mampus. takkan nak potong queue kan so nak taknak kena jugak la beratur.aih time ni rasa macam susah gila nak bernafas. x__x



gambar ni i ambil waktu dah halfway through the immigration. halfway doh! ha tengok. tak ke bersepah semua orang? ish ish ish.

had to queue for almost 45minutes kot. penat gila. kaki sampai kejang. haha suka lebih2. oh but anyways i'm amazed with their airport. very tersusun you allz. winn likes this. bajet fesbuk miahaha

after immigration, we took a cab and off we went to our hotel - IBIS Hotel.ibis ok, bukan iblis hahaha. it's located at Bencoolen Street. the price for a room per night was okay la i guess. HA DAH KAU TAK BAYAR WIN MEMANG KAU CAKAP OK.
but the room is quite small actually. or maybe pasal i yang besar so the room nampak kecik hahaha diam lah.




kecik kan bilik dia kan kan?


katil i wuwuwu sebelum disepahkan wuwuwu

dah sudah rehat sembahyang jamak qasar zohor asar semua, kitaorang pun mulakan sesi lawatan di singapura. destinasi pertama, jeng jeng jeng - Orchard Road! banyak cerita kelakar sebenarnya waktu nak pergi orchard road ni.

cerita kelakar #1
:
ingatkan nak gerak sana naik teksi, rupa-rupanya ayah dengan excited berkata "jom jalan kaki!" hmm takpe lah, berfikiran positif - kita pelancong, kalau jalan kaki lagi feel tkpe lah 20 minit je lagipun boleh eksesais sambil2 berjalan.

cerita kelakar #2 :
sebelum mulakan perjalanan takde siapa pun yang baca peta kecuali ayah. hahaha. semua konon terer bajet jalan kat situ dia punya. tapi kan ayah baca peta macam semua terbalik je. hahaha.

result = terikut jalan jauh. jauh sangat. penat. penat sangat.




kalau rujuk dekat peta, sebenarnya dari hotel jalan setereight (straight/terus) pun dah boleh sampai museum tu. haih.

tapi takpe semangat berkobar jadi kite teruskan perjalanan.



dari museum kita berjalan sampai ke Presbyterian Church tiba-tiba,

cerita kelakar #3 :
adik i yang terer jalan tanpa perlu melihat peta tiba-tiba bersuara

" ayah ni dah macam salah jalan ni, rasa macam orchard kat belakang sana je. "

ha ok adik, kita semua ikut cakap awak.

kita semua pun patah balik lalu museum tadi.



tiba-tiba tergerak hati ayah nak tanya pedestrian yang lalu-lalang, KAT MANA ORCHARD ROAD SEBENARNYA WOI.

rupa-rupanya, jalan yang baru je kita patah balik tadi -.-"

so, kita semua pun patah balik. ha sampai jugak kita akhirnya nok.



sampai kat orchard road teruja habis, ya Allah banyak nya shopping mall! ramainya orang! SIKITNYA SALE! hahaha. seriously, tk banyak pun sale. harga barang lebih kurang dekat Malaysia tapi feeling nak shopping tu memang ada. sebab excited tengok orang semua shopping sakan kan.

jalan tanpa henti along the orchard road. semua shopping mall pun masuk. macam orang jakun tak pernah nampak shopping mall, kesian eh anak siapa lah ni. kitaorang jalan kat sana 5 hours non-stop miahaha.

lepas tu balik JALAN KAKI LAGI sebab tak nampak taxi stand wtf

sampai hotel baring atas katil kaki terus menggigil-gigil hahaha

hm malas nak ulas panjang2, korang tengok je lah gambar sepanjang nak pergi orchard okay. oh btw depa decorate orchard road ni cantik oh! meriah habis. lepas tu ada satu patung santa gemuk besar ultraman boleh pusing-pusing babi menakutkan sial. lupa nak snap gambar tapi seriously menakutkan weh! ha ok i stop bebel enjoy ze pictures








haih dah 30 minutes dah problem lah nak upload gmbr. nnti2 lah okay. sorry wa dah tak larat nak tunggu. hahaha byeeeee